SUNGAI PETANI, 12 - 13 Oktober 2020, Kursus Bahasa Mandarin Komunikatif yang dianjurkan oleh  Jabatan Bahasa  telah diadakan pada 12-13 Oktober bertempat di Bilik Ibnu Sina, IPGKSAH.

Seramai 18 orang peserta telah mengikuti kursus 2 hari ini, kursus ini bertujuan untuk melengkapkan peserta kursus dengan kemahiran komunikasi asas Bahasa Mandarin dalam kehidupan seharian. Pengisian kursus berfokus kepada tema situasi seperti mengucap salam, saling berkenalan, membuat panggilan telefon dan menyatakan tempat tinggal. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Ti Heong Poy pensyarah Jabatan Bahasa.