Bengkel Pengurusan dan Kepemimpinan Instruksional yang dianjurkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah dilaksanakanĀ dariĀ 1- Mac 2020 bertempat di SJK(C) Kuala Ketil, Kedah. Bengkel ini berfokus kepada asas Pengurusan dan Kepemimpinan Instruksional di sekolah rendah. Ketua Panitia (KP) telah didedahkan kepada konsep asas pengurusan dan kepemimpinan Instruksional yang melibatkan peranan, strategi dan amalan terbaik Kepemimpinan Instruksional KP di sekolah. Perkongsian ilmu dan aktiviti perbengkelan yang dikendalikan oleh Dr. Tai Lay Keng dapat membantu peserta kursus untuk mengaplikasikan kemahiran Pengurusan dan Kepemimpinan Instruksional mengikut konteks sekolah masing-masing. Isu dan cabaran yang dihadapi oleh MLT telah dibincangkan dan seterusnya menjana strategi untuk meningkatkan prestasi murid dengan menyediakan Perancangan Strategik Peningkatan Akademik.