Bengkel Kajian Tindakan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi , IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah dilaksanakan pada 9 Mac 2020 bertempat di Makmal Pengajaran Mikro IPGKSAH. Seramai 12 orang pegawai SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan telah menngikuti bengkel ini. Ketua Jabatan dan pensyarah dari Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi iaitu Dr. Junaidy bin Mohamad Hashim, Dr. Rohana binti Yahya dan Dr. Arfah binti Ahamad memberi input dalam bengkel tersebut.