SUNGAI PETANI, 11-12 Mac 2020 - Kursus Penulisan Dokumen Rasmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah dilaksanakan pada 11-12 Mac 2020 bertempat di bilik Al-Ghazali dan bilik Persidangan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Seramai 52 orang guru dan staf dari sekolah di negeri Kedah telah menyertai kursus tersebut. Pensyarah dari Jabatan Melayu iaitu En. Abdul Rahim bin Othman, En. Suhemi bin Abdul, Pn. Normi binti Mohd Dali dan Pn. Nafishah binti Jusoh menjadi fasilitator untuk kursus tersebut. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Pen. Ketua Jabatan Melayu Datin Dr. Wan Roslina binti Wan Ismail.