SUNGAI PETANI, 12-14 Mei 2020 - Kursus Bahasa Mandarin Komunikatif (Tahap Asas) yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa, Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah dilaksanakan pada 12-14 Mei 2020 secara dalam talian di lokasi masing-masing semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Seramai 20 orang guru dan pegawai dari sekolah,PPD dan bahagian di seluruh negara telah menyertai kursus tersebut. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh En. Ti Heong Poy, Pensyarah dari Jabatan Bahasa, Unit Pengajian Cina.