Bengkel Pengurusan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) Secara Dalam Talian  yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Latihan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah dilaksanakan pada 15 dan 16 Jun 2020 bertempat di Bilik Ibnu Sina IPGKSAH. Seramai 38 orang peserta diagihkan dalam masa dua hari telah mengikuti bengkel ini. Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan En. Cheah Chee Keong berkongsi apa, bagaimana dan kaedah pelaksanaan CPD online dalam bengkel tersebut.