SUNGAI PETANI, 23 Jun 2020 - CPD Online Profesional Learning Community (PLC) anjuran bersama Jabatan Sains Sosial,IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan PPD Kinta Utara telah dilaksanakan pada 23 Jun 2020 secara dalam talian di alamat https://meet.google.com/hky-qbsp-gwk. Seramai 180 orang guru dari sekolah,pensyarah Kolej Matrikulasi,pensyarah IPG,pegawai PPD dan bahagian di seluruh negara telah menyertai PPB ini. PPB tersebut disampaikan oleh Pn. Norhaini binti Abdul Aziz, Pegawai SISC+ Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, PPD Kinta Utara dan Dr. Malar Muthiah, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Sultan Abdul Halim.Semoga apa yang dikongsikan oleh penceramah dapat memanfaatkan semua warga pendidik yang mengikuti kursus tersebut.