SUNGAI PETANI, 1-5 Julai 2020 - Kursus Asas Kejurulatihan Hoki yang dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum,IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah berjaya dijalankan pada 1 Julai 2020 dengan disertai oleh 231 orang peserta dari pelbagai negeri dan jabatan. Kursus anjuran Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Teknologi Pendidikan ini telah dikendalikan oleh penyelaras kursus iaitu Tn Hj Yakath Ali SM Habib Mohamed. Antara tajuk yang dibincangkan ialah Sejarah Hoki di Malaysia, Teknik Permainan Hoki dan Peraturan Permainan.