Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.

 

Objektif

i.Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;

ii.Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;

iii.Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan

iv.Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.

 

Tarikh Pelaksanaan PTM Tahun 2020 IPG Kampus Sultan Abdul Halim

1. Siri 1 - 13-17 Julai 2020

2. Siri 2 - 20-24 Julai 2020

3. Siri 3 - 3-7 Ogos 2020

4. Siri 4 - 10-14 Ogos 2020

5. Siri 5 - 24-28 Ogos 2020

6. Siri 6 - 7-11 Sept 2020

7. Siri 7 - 21-25 Sept 2020