SUNGAI PETANI, 20 - 24 Julai 2020, Program Transformasi Minda (PTM) Tahun 2020 Siri 2 yang dianjurkan oleh  Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan pada 20-24 Julai, bertempat di Dewan Munsyi,IPGKSAH.

Seramai 90 orang peserta kursus dari JPN Perak telah mengikuti kursus 5 hari ini. Kursus ini juga melibatkan seramai 30 orang pensyarah kampus ini menjadi fasilitator program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. Pengisian kursus ini meliputi tiga segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.

Majlis penutup untuk kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah IPGKSAH Dr. Ridzuan bin Ahmad.