Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pegawai-pegawai yang berjaya membangunkan laman web JPL,IPGKSAH ini.

Penghasilan webpage ini menggambarkan satu manifestasi kerja berpasukan yang mantap dan komitmen bersepadu yang tinggi dalam organisasi Jabatan Pembangunan Latihan,IPGKSAH. Semoga amalan ini akan berterusan diamalkan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam mengendalikan bidang-bidang yang berkaitan dengan tugas Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

Jabatan Pembangunan Latihan merupakan sebuah jabatan yang berperanan membangun dan mengembangkan potensi dan prestasi pensyarah dan juga staf pelaksana melalui kursus dan latihan yang berkesan. Setiap warga IPGKSAH mempunyai potensi yang tersendiri dan akan dikembangkan melalui program-program yang disediakan secara teratur dan tersusun sepertimana hasrat kerajaaan untuk mentransformasikan negara ke arah sebuah negara yang maju. Jabatan Pembangunan Latihan , Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim bertanggungjawab memastikan pensyarah-pensyarah dapat melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan kritis supaya semua aspirasi murid dapat dicapai sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Akhir kata , saya mendoakan seluruh warga IPGKSAH akan mendapat manfaat atas usaha murni ini. Semoga warga unit latihan akan bekerja bersungguh-sungguh dalam merealisasikan misi dan visi Jabatan Pembangunan Latihan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.