SUNGAI PETANI, 1 Oktober 2020, Bengkel Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Konteks Kesenian yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Tukang, Kedah. Semua guru dari sekolah itu telah mengikuti bengkel yang disampaikan oleh Encik Zakaria bin Saad dan Dr. Anatahan Nagu, Ketua Jabatan dan Pensyarah Jabatan Sains Sosial, IPGKSAH.