SUNGAI PETANI, 13 Disember 2020, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)  telah mengadakan Program Syarahan Ilmuwan Bahasa Melayu Secara dalam Talian yang berjudul "Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kebiasaan Baharu" dengan menggunakan pelantar youtube di alamat https://bit.ly/2JTkV8C. Ahli panel untuk program ini ialah Prof. Madya Dato' Dr. Hajah Nuraini binti Yusoff, Pengarah  Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan moderator ialah Dr. Arfah binti Ahamad, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu, IPGKSAH. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai institusi dan sekolah.