SUNGAI PETANI, 9-10 Disember 2020, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) dengan kerjasama Giat Mara, Yan telah mengadakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk pensyarah dan staf IPGKSAH. Kursus ini berfokus kepada kerja servis dan pemasangan penyaman udara domestik. Tenaga pengajar utama ialah Encik Zaidi bin MD Desa dan dibantu oleh Encik Azizan bin Ibrahim @ Murad. Pengisian kursus termasuklah pengenalan kepada sistem, pemasangan unit, kajian keupayaan sistem dan kos dan perkiraan btu. Kursus ini amat memberi manfaat kepada peserta kursus yang menyertai.