SUNGAI PETANI, 10,11,19 Januari 2021, Jabatan Pembangunan Latihan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim menganjurkan bengkel Pengurusan Kepimpinan untuk semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit kampus ini. Bengkel ini bertujuan :
a) Meningkatkan kemahiran coaching dan mentoring kepada peserta kursus
b) Menambah baik kemahiran pengurusan aset dan kewangan bagi memantapkan lagi pengurusan jabatan/unit
c) Memantapkan kemahiran penyesuaian perubahan ke arah menjadi organisasi yang lebih baik
d) Mamacu inovasi dan kreativiti kepada setiap jabatan/unit yang ditadbir
Bengkel yang dilaksanakan selama tiga hari ini telah dihadiri oleh 26 orang ketua jabatan/unit dan 14 orang penolong ketua jabatan/unit. Seramai 10 orang fasilitator terlibat dalam bengkel ini iaitu 3 orang fasilitator jemputan dan 7 orang fasilitator dalaman.