SUNGAI PETANI, 21 Januari 2021, Webinar bertajuk "Bagaimana saya mencapai mata kredit tertinggi" yang dianjurkan oleh  Jabatan Pembangunan Latihan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah diadakan pada 21 Januari 2021 secara dalam talian dengan menggunakan pelantar google meet di alamat  https://meet.google.com/aix-dgiu-dih

Seramai 28 orang peserta telah mengikuti webinar ini, lapan orang panel berkongsi bagaimana mereka mencapai mata kredit yang tertinggi, perkongsian ini bertujuan untuk memantapkan lagi kefahaman dan kemahiran untuk mencapai mata kredit yang lebih tinggi melalui penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti yang disarankan dalam surat siaran MyPPB. Ketua Jabatan Pembangunan Latihan Encik Mohamad Roslan bin Abd Razak menjadi moderator untuk webinar ini. Semoga apa yang dikongsikan dalam sesi ini dapat memberi manafaat kepada semua warga pendidik.