1. Merancang, menyelaras dan mengendalikan latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) pensyarah, peningkatan kompetensi staf IPGKSAH dan guru-guru dalam perkhidmatan;
  2. Memberi peluang kepada kumpulan sasar memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang terkini dan spesifik berkaitan dengan tugas atau tanggungjawab mereka;
  3. Memastikan tahap kecekapan atau kopetensi kumpulan sasar sentiasa berada di tahap optimum, sejajar dengan perkembangan pesat dalam teknologi;
  4. Memberi peluang kepada kumpulan sasar mengikuti kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan keupayaan diri dan memantapkan kemahiran pedagogi masing-masing;
  5. Mendedahkan pensyarah dan guru dalam perkhidmatan kepada isu-isu dan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam memperkasakan budaya ilmu untuk menghadapi cabaran semasa.