Latar Belakang

Jabatan Pembangunan Latihan (JPL) IPG Kampus Sultan Abdul Halim merupakan sebuah jabatan yang berperanan merancang, mengurus dan melaksanakan latihan yang berkualiti secara berterusan kepada semua pensyarah, staf sokongan dan guru-guru dalam perkhidmatan ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan. Kualiti kompetensi warga institut adalah kunci kepada kecemerlangan organisasi. Peningkatan tahap kompetensi ke tahap optimum mampu menyerlahkan imej serta peranan institut sebagai sebuah organisasi awam yang mantap khususnya berkaitan pendidikan sekaligus menyumbang ke arah kecemerlangan negara.

Jabatan Pembangunan Latihan saban tahun merancang pelbagai Latihan Pembangunan Staf (LPS) yang selaras dengan analisis Matrik Kompetensi bagi memberikan peluang kepada setiap warga institut meningkatkan ilmu dan kompetensi mereka. Jabatan Pembangunan Latihan sentiasa memastikan keseluruhan LPS dapat dilaksanakan secara profesional dengan memberikan impak optimum khususnya kepada semua warga institut dan organisasi amnya. Jabatan Pembangunan Latihan IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini juga berperanan mengendalikan kursus-kursus pendek seperti Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Kursus Pendek Kelolaan Institut-Berasaskan Penyelidikan (KPKI-BP), Program Transformasi Minda (PTM), Projek Khas Pensiangan Salinantan (PKPS), Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) dan sebagainya.

 

 Visi

Memberi latihan yang berkualiti, kemas kini dan berterusan ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan.

 

Misi

Mengurus latihan berimpak tinggi lagi berkualiti bagi meningkatkan profesionalisme dan kemahiran dalam kalangan staf akademik, staf bukan akademik dan guru-guru dalam perkhidmatan bagi melahirkan insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, berterampilan, dinamik dan inovatif.