Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.

Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah: 
(a) pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan 
(b) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.

Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat: 
(a) pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau 
(b) hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau 
(c) lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

 

Maklumat Program Transformasi Minda (PTM)

Kursus : PTM Siri 1-7 Tahun 2020

Tarikh : 13-7-2020 hingga 25-9-2020

Tempat : Dewan Munsyi, IPGKSAH

Pendaftaran : Secara dalam talian

 

Pendaftaran Kursus

Semua peserta kursus diminta dan WAJIB membuat pendaftaran secara online melalui pautan di bawah:-

sila klik PENDAFTARAN

 

Pendaftaran Penginapan

Peserta kursus yang memerlukan penginapan diminta membuat tempahan penginapan kolej kediaman melalui pautan di bawah:-

sila klik TEMPAHAN PENGINAPAN

 

PERHATIAN:

Peserta kursus yang INGIN menginap di kolej kediaman diminta dan WAJIB mengisi borang tempahan penginapan untuk memudahkan urusan unit kolej kediaman.Peserta kursus yang TIDAK INGIN menginap di kolej kediaman TIDAK PERLU isi borang ini.

 

Jadual Pelaksanaan

Peserta kursus boleh mendapatkan jadual pelaksanaan kursus melalui pautan di bawah:-

sila klik :-

1. Jadual Pelaksanaan Siri 3

2. Jadual Pelaksanaan Siri 4