Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI)

IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah merancang dan menawarkan sebanyak 58 kursus pendek untuk pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan di negeri Kedah,Pulau Pinang dan Perak.

Kursus Pendek Kelolaan IPG Berasaskan Penyelidikan (KPKI-BP)

Sebagai sebuah institusi pendidikan guru, IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) sentiasa berusaha mendepani keperluan pembangunan modal insan secara holistik dengan meluaskan jaringan kolaboratif strategik dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat-Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah di Zon Utara meliputi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak.