Kursus Pendek Kelolaan IPG Berasaskan Penyelidikan (KPKI-BP)

Sebagai sebuah institusi pendidikan guru, IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) sentiasa berusaha mendepani keperluan pembangunan modal insan secara holistik dengan meluaskan jaringan kolaboratif strategik dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat-Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah di Zon Utara meliputi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Selaras dengan usaha tersebut, IPGKSAH menyediakan pelbagai jenis kursus pembangunan profesionalisme berterusan bagi mempertingkatkan ketrampilan warga pendidik. Rekabentuk kursus-kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan Berasaskan Penyelidikan (PPB-BP) terdiri daripada interaksi bersemuka (2-3 hari) disusuli dengan aktiviti pembangunan profesionalisme terbimbing tidak bersemuka secara on-site. Peserta kursus akan dibimbing menjalani aktiviti tidak bersemuka yang bertujuan menghasilkan satu produk ilmiah berbentuk kajian, penulisan atau inovasi PdPc.

IPG Kampus Sultan Abdul Halim menawarkan sebanyak 24 kursus KPKI-BP untuk pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan di negeri Kedah,Pulau Pinang dan Perak.

Tajuk-tajuk kursus adalah seperti di bawah:-

Senarai Kursus CPD-BP