Bengkel Tiang Estetika yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah dilaksanakan pada 3 November 2020 bertempat di Bilik RBT IPGKSAH. Seramai 18 orang peserta telah mengikuti bengkel ini. Pensyarah dari Jabatan Sains Sosial berkongsi dan menunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan tiang yang berunsurkan elemen-elemen estetika. Semua peserta kursus amat puas hati dengan apa yang disampaikan oleh fasilitator.