SUNGAI PETANI, 24 Disember 2020, Program Pementoran Perkhidmatan Awam Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim yang dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling mengadakan perjumpaan kali yang terakhir pada pagi ini. Program ini mengambil masa selama lebih kurang 4 bulan bermula pada 2 September 2020 dan menutupkan tirai pada hari ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam tempoh 4 bulan ini di bawah pimpinan oleh kedua-dua orang kaunselor iaitu Pn. Norfashadirah binti Desa dan En. MD Zahir bin Abdul Hamid. Seramai 6 orang mentor dan 10 orang mentee dari pelbagai Jabatan dan Unit terlibat dalam program ini.